Thursday, August 22, 2013

kawan

hari ini kawan saya masak untuk saya nasi goreng....sedapnya.....

Friday, August 16, 2013

kawan

apakah maksud kawan? kawan adalah seorang yang boleh dipercayai dan akan bersama kita di masa senang dan susah.

kawan yang mencarik-carik dan menusuk hati kecil tidak lagi layak digelar kawan.

walaupun musuh saya, saya tidak akan sekali-kali doakan mereka mempunyai kawan yang menikam dari belakang dan senyum di depan mata.


Tuesday, August 13, 2013

minum

hari saya dan kawan- kawan saya minum starbark.... sangat seronoknya...... lagi ada 3 minggu sahaja untuk habis kita punya sem........

Monday, August 12, 2013

pantun

kawan kau adalah seorang yang rapat,
kawan kau adalah seorang yang baik,
kawan kau adalah seorang yang ingati saya,
kawan kau adalah seorang yang bulan untuk saya.

Saturday, August 10, 2013

Wednesday, August 7, 2013

Monday, July 29, 2013

Tuesday, July 23, 2013

kawan

saya rindu pada kawan saya kerana saya bolem jumpa lagi kawan saya. Dia sekarang berada di Negeri Sembilan. Dia adalah seorang kawan yang baik.Saya sangat rindu pada dia. Dia adalah kawan saya dari darjah 1 sampai sekarang.

Monday, July 15, 2013

Masak

Hari ini saya mengajar murid-murid bagaimana untuk memasak bubur di sekolah saya.

Thursday, July 11, 2013

HARI BAHASA

HARI INI SAYA MENANG DALAM HARI BAHASA PERMAINAN...... SAYA SANGAT GEMBIRA KERANA SAYA DAPAT HADIAH DAN TEMPAT KEDUA..

Monday, July 8, 2013


Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa


Seperti yang kita sedia maklum, puasa akan bermula pada 10 julai. Oleh itu saya ingin memberi peringatan kepada kawan-kawan dan juga kepada diri saya sendiri tentang perkara-perkara sunat, makhruh dan yang membatalkan puasa.


Perkara-perkara sunat puasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu 

Perkara-perkara makruh puasa
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahar
if)        mencium isteri
g)      menderma darah 

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib   
   
Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Hari-hari sunat puasa:
a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)      6 hari pada bulan Syawal
e)      Hari Isnin dan Khamis

 Hari-hari diharamkan puasa:
a)      Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b)      Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c)      Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) 

Sunday, July 7, 2013

huruf baru

hari ini saya ajar huruf baru. Iaitu huruf G...... murid-murid buat seronok dalam classs....

Tuesday, July 2, 2013

permainan

hari ini saya dan sumisha melakukan aktiviti yang kami mengetahui di perkhemahan bersama Rubashini, Ben dan  Sahana... Daripada, hanithaa. Sangat seronok semasa kami melakukan aktiviti tersebut.

Thursday, June 27, 2013

gambaran

suka menggetahui tentang gambaran abstrak dalam kelas hari ini.

Wednesday, June 26, 2013




Fesyen Baju Raya 2013

salam sejahtera kawan-kawan nama saya suraya :)


Sudah tentu ramai yang sudah tidak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan dan raya tahun ini bukan? Pastu ramai yang sudah mula membeli-belah barangan rumah dan pakaian raya bukan? Ya, setiap tahun setiap orang terutamanya wanita gemar bersaing untuk kelihatan paling hebat dan paling cantik apabila berkunjung kerumah sanak-saudara. Ada yang sanggup membayar ratusan ringgit malahan ribuan ringgit untuk mendapatkan rekaan baju raya yang cantik atau lain dari yang lain. Dan setiap tahun ada saja fesyen baju raya terkini di Malaysia dengan menggunakan pelbagai nama dan elemen rekaan. Kebanyakkan wanita masih gembar mengenakan baju kurung tradisional kerana lebih selesa dan mudah untuk bergerak kesana kemari. Ada juga yang mahu kelihatan anggun dengan baju kebaya. Tetapi sejak kebelakangan ini, fesyen di Aidilfitri semakin moden dengan penggunaan warna kontra serta gaya dress dan tak lupa juga semakin ramai wanita gemar mengenakan busana seperti jubah moden. Disini saya ingin kongsikan inspirasi fesyen terkini baju raya di Malaysia. Anda bolehlah berkunjung ke laman web pereka fesyen ini ataupun terus ke butik-butik mereka. Mudahan-mudahan ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.



button my buttons

Hatta Dolmat

Jovian Mandagie

Nurita Harith

Old Blossom Box

Rizalman



Tuesday, June 25, 2013

Tips Kesihatan Ketika Jerebu

Nama saya Hanithaa. Saya adalah admin kedua untuk blog ini. Saya ingin berkongsi tips kesihatan semasa jerebu.


Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Fenomena jerebu adalah disebabkan oleh kewujudan partikel kecil yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar dan partikel tersebut juga terapung di udara.
Sebagai pengetahuan kita, partikel-partikel boleh wujud dalam kuantiti yang banyak serta berkelompok dan akan menyebabkan pancaran cahaya matahari ke bumi tersekat. Hal ini akan menyebabkan jarak pandangan mata kasar akan berkurang.
Seterusnya, jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, asma, penyakit paru-paru kronik, jantung, perokok dan individu yang bekerja di luar pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam kawasan kita.
Terdapat beberapa tanda akibat Jerebu yang boleh mengancam kesihatan sesorang individu. Antara kesan-kesan tersebut adalah individu akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasasukat untuk bernafas atau mengalam sesak nafas.
Kesan-kesan seterusnya adalah hidung berair, kerap bersin, mata pedih dan berair, sakit dada dan kulit badan akan merasa gatal. Jika anda mengalami simptom-simptom demikian adalah digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Hal ini adalah amat penting untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.
Masyarakat haruslah berusaha mencegah penyakit akibat keadaan jerebu yang berikut. Antara tips kesihatan atau nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu ialah jika mengalami penyakit asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka hendaklah membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan penyakit bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah masyarakat digalakkan untuk menggunakan penutup hidung yang dikenali sebagai “nasal mask” terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah, pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan ancaman mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi untuk mendapat penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam rumah yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan berada di luar kawasan rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan membimbangkan. Seterusnya, masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih yang banyak ketika keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang diberikan amat penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu berlaku.

Kredit kepada : Kertas Paper untuk tips-tips yang sangat berguna ini.

Sunday, June 23, 2013

Jerebu semakin teruk!

salam sejahtera!
selamat datang kawan-kawan


 Jerebu semakin teruk. Dekat kuala lumpur ni dah macam duduk di Cameron Highland.
bezanya dekat sini tak sejuk je..mula-mula pagi semalam ingat tak ada la teruk sangat kan
tapi bila keluar jalan-jalan cari baju raya tengahari tadi rasa macam semua kawasan makin teruk je. berkabus semua kawasan yang kami lalu tadi
pagi tadi keluar tekak ni ok lagi. tapi sekarang ni tekak rasa macam tak selesa dah rasa sakit padahal tadi keluar dah pakai topeng muka..mata rasa pedih semacam. Jangan la melarat kan risau pulak
harap-harap tak lama la jerebu ni. moga keadaan jerebu ini kembali pulih dan udara kembali seperti biasa.