Thursday, June 27, 2013
Wednesday, June 26, 2013
salam sejahtera kawan-kawan nama saya suraya :)
Sudah tentu ramai yang sudah tidak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan dan raya tahun ini bukan? Pastu ramai yang sudah mula membeli-belah barangan rumah dan pakaian raya bukan? Ya, setiap tahun setiap orang terutamanya wanita gemar bersaing untuk kelihatan paling hebat dan paling cantik apabila berkunjung kerumah sanak-saudara. Ada yang sanggup membayar ratusan ringgit malahan ribuan ringgit untuk mendapatkan rekaan baju raya yang cantik atau lain dari yang lain. Dan setiap tahun ada saja fesyen baju raya terkini di Malaysia dengan menggunakan pelbagai nama dan elemen rekaan. Kebanyakkan wanita masih gembar mengenakan baju kurung tradisional kerana lebih selesa dan mudah untuk bergerak kesana kemari. Ada juga yang mahu kelihatan anggun dengan baju kebaya. Tetapi sejak kebelakangan ini, fesyen di Aidilfitri semakin moden dengan penggunaan warna kontra serta gaya dress dan tak lupa juga semakin ramai wanita gemar mengenakan busana seperti jubah moden. Disini saya ingin kongsikan inspirasi fesyen terkini baju raya di Malaysia. Anda bolehlah berkunjung ke laman web pereka fesyen ini ataupun terus ke butik-butik mereka. Mudahan-mudahan ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.
button my buttons
Hatta Dolmat
Jovian Mandagie
Nurita Harith
Old Blossom Box
Rizalman
Tuesday, June 25, 2013
Tips Kesihatan Ketika Jerebu
Nama saya Hanithaa. Saya adalah admin kedua untuk blog ini. Saya ingin berkongsi tips kesihatan semasa jerebu.
Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Fenomena jerebu adalah disebabkan oleh kewujudan partikel kecil yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar dan partikel tersebut juga terapung di udara.
Sebagai pengetahuan kita, partikel-partikel boleh wujud dalam kuantiti yang banyak serta berkelompok dan akan menyebabkan pancaran cahaya matahari ke bumi tersekat. Hal ini akan menyebabkan jarak pandangan mata kasar akan berkurang.
Seterusnya, jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, asma, penyakit paru-paru kronik, jantung, perokok dan individu yang bekerja di luar pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam kawasan kita.
Terdapat beberapa tanda akibat Jerebu yang boleh mengancam kesihatan sesorang individu. Antara kesan-kesan tersebut adalah individu akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasasukat untuk bernafas atau mengalam sesak nafas.
Kesan-kesan seterusnya adalah hidung berair, kerap bersin, mata pedih dan berair, sakit dada dan kulit badan akan merasa gatal. Jika anda mengalami simptom-simptom demikian adalah digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Hal ini adalah amat penting untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.
Masyarakat haruslah berusaha mencegah penyakit akibat keadaan jerebu yang berikut. Antara tips kesihatan atau nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu ialah jika mengalami penyakit asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka hendaklah membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan penyakit bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah masyarakat digalakkan untuk menggunakan penutup hidung yang dikenali sebagai “nasal mask” terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah, pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan ancaman mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi untuk mendapat penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam rumah yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan berada di luar kawasan rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan membimbangkan. Seterusnya, masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih yang banyak ketika keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang diberikan amat penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu berlaku.
Kredit kepada : Kertas Paper untuk tips-tips yang sangat berguna ini.
Sunday, June 23, 2013
Jerebu semakin teruk!
salam sejahtera!
selamat datang kawan-kawan
Jerebu semakin teruk. Dekat kuala lumpur ni dah macam duduk di Cameron Highland.
bezanya dekat sini tak sejuk je..mula-mula pagi semalam ingat tak ada la teruk sangat kan
tapi bila keluar jalan-jalan cari baju raya tengahari tadi rasa macam semua kawasan makin teruk je. berkabus semua kawasan yang kami lalu tadi
bezanya dekat sini tak sejuk je..mula-mula pagi semalam ingat tak ada la teruk sangat kan
tapi bila keluar jalan-jalan cari baju raya tengahari tadi rasa macam semua kawasan makin teruk je. berkabus semua kawasan yang kami lalu tadi
pagi tadi keluar tekak ni ok lagi. tapi sekarang ni tekak rasa macam tak selesa dah rasa sakit padahal tadi keluar dah pakai topeng muka..mata rasa pedih semacam. Jangan la melarat kan risau pulak
harap-harap tak lama la jerebu ni. moga keadaan jerebu ini kembali pulih dan udara kembali seperti biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)